Monday, November 16, 2009

Spirulina

MY NEW SUPPLEMENT FOOD-SPRIRULINA


”APAKAH produk semula jadi yang mengandungi pelbagai jenis nutrien penting yang lengkap dalam satu makanan tambahan? Saya sentiasa sibuk dan memerlukan pemakanan kesihatan untuk kekal cergas,”

JAWAPAN:

Spirulina merupakan makanan tambahan yang dicadangkan pengambilannya kerana komponen khasiat yang tinggi.

Spirulina mengandungi lebih daripada 60 peratus protein dan kaya dengan beta karotena, vitamin B, mineral, asid gama linolenik (GLA), enzim, pigmen (klorofil, fikosianin dan xantofil) serta mikronutrien yang diperlukan untuk pembaikan sel tubuh.

Spirulina organik sesuai untuk sebarang diet kerana ia senang dihadam, rendah kalori, rendah lemak dan mengandungi pelbagai nutrien penting juga bermanfaat untuk detoksifikasi.

Ia juga meningkatkan stamina dan daya ketahanan tubuh dan mengelakkan keletihan. Kepelbagaian nutrien yang terkandung dalam spirulina memberi kelebihan berbanding dengan sesetengah suplemen lain yang mengandungi vitamin tertentu sahaja.

Selain itu, pengambilan nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin C, E dan mineral zink dan selenium penting untuk melindungi daripada penyakit degeneratif.

Jangan lupa untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam diet seharian anda kerana ia diperlukan untuk kesihatan dan kecergasan.

Thursday, November 12, 2009

Klasik Kredit Kad


Ini kad hutang aku yang baru..hahahah...aku ada plan sebenarnya nak gunakan kad hutang ni..bkn sajer2 nak tambahkan beban....tapi nak mudahkan urusan marketing aku laaa....movement la...blanja client laa...dan byk lagi.....

tapi bank islam punya taktik plak...aku mintak satu jer..dia bik sgt..bagi aku classic master card dan visa.....2 tuh..nasib baik kredit combine..kalau 12 kali swipe..baru dpt waiver..pandai betul ko buat bisnes....apa pun.....kad kredit ni bkn tak penting..tapi kena pandai menggunakannya..silap guna..jerut leher sendiri....sendiri mau ingat..!!

Sunday, November 08, 2009

Final Piala Malaysia

Kelate vs Neg 9
1 - 3


aku, eje, ayie, rool dan kerol dengan penuh semangat kesukanan melangkah ke stadium bukit jalil untuk memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan the red warrior yang tercinta....para penyokong kelate yang hadir sangat luar biasa....3/4 stadium dipenuhi penyokong kelate....so..n9 punya penyokong ciput jer...

Namun, kelate menang sorak...seperti ada yang tidak kena dengan corak permainan kelate...pasukan kelate pulang hampa....Piala Malaysia belum mahu bertandang ke Kota Bharu...kecewa dan sedih..dan begitulah perasaan puluhan ribu penyokong kelantan yang lain....tapi, jangan kerana kekalahan...luntur pulak sokongan untuk tahun depan..bola itu bolat....kalah menang itukan adat...

bagi aku, dulu,kini dan selamanya..
GOMO KELATE GOMO!!