Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

tahun berganti tahun..masa silih berganti..manusia akan berubah mengikut peredaran zaman...tahun 2009 meninggalkan banyak sejarah dan kenangan...terima kasih 2009 yang mematangkan aku...

oh..2010, bermakna aku melangkah ke alam dewasa..cabarannya pasti berbeza...aku akan cuba untuk memperkasakan hidup aku...meningkat kualiti dan kemampuan diri..menjadi yang lebih baik pada masa akan datang

Ya Allah...aku sangat bersyukur, di atas segala kurniaan dan rahmat dari mu...aku pohon padamu..agar diberikan aku kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik disisimu...murahkan rezeki ku dan keluargaku...tempatkan aku di dalam golongan yang diredhai mu

Selamat Tinggal 2009...Selamat Datang 2010

Monday, November 16, 2009

Spirulina

MY NEW SUPPLEMENT FOOD-SPRIRULINA


”APAKAH produk semula jadi yang mengandungi pelbagai jenis nutrien penting yang lengkap dalam satu makanan tambahan? Saya sentiasa sibuk dan memerlukan pemakanan kesihatan untuk kekal cergas,”

JAWAPAN:

Spirulina merupakan makanan tambahan yang dicadangkan pengambilannya kerana komponen khasiat yang tinggi.

Spirulina mengandungi lebih daripada 60 peratus protein dan kaya dengan beta karotena, vitamin B, mineral, asid gama linolenik (GLA), enzim, pigmen (klorofil, fikosianin dan xantofil) serta mikronutrien yang diperlukan untuk pembaikan sel tubuh.

Spirulina organik sesuai untuk sebarang diet kerana ia senang dihadam, rendah kalori, rendah lemak dan mengandungi pelbagai nutrien penting juga bermanfaat untuk detoksifikasi.

Ia juga meningkatkan stamina dan daya ketahanan tubuh dan mengelakkan keletihan. Kepelbagaian nutrien yang terkandung dalam spirulina memberi kelebihan berbanding dengan sesetengah suplemen lain yang mengandungi vitamin tertentu sahaja.

Selain itu, pengambilan nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin C, E dan mineral zink dan selenium penting untuk melindungi daripada penyakit degeneratif.

Jangan lupa untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam diet seharian anda kerana ia diperlukan untuk kesihatan dan kecergasan.

Thursday, November 12, 2009

Klasik Kredit Kad


Ini kad hutang aku yang baru..hahahah...aku ada plan sebenarnya nak gunakan kad hutang ni..bkn sajer2 nak tambahkan beban....tapi nak mudahkan urusan marketing aku laaa....movement la...blanja client laa...dan byk lagi.....

tapi bank islam punya taktik plak...aku mintak satu jer..dia bik sgt..bagi aku classic master card dan visa.....2 tuh..nasib baik kredit combine..kalau 12 kali swipe..baru dpt waiver..pandai betul ko buat bisnes....apa pun.....kad kredit ni bkn tak penting..tapi kena pandai menggunakannya..silap guna..jerut leher sendiri....sendiri mau ingat..!!

Sunday, November 08, 2009

Final Piala Malaysia

Kelate vs Neg 9
1 - 3


aku, eje, ayie, rool dan kerol dengan penuh semangat kesukanan melangkah ke stadium bukit jalil untuk memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan the red warrior yang tercinta....para penyokong kelate yang hadir sangat luar biasa....3/4 stadium dipenuhi penyokong kelate....so..n9 punya penyokong ciput jer...

Namun, kelate menang sorak...seperti ada yang tidak kena dengan corak permainan kelate...pasukan kelate pulang hampa....Piala Malaysia belum mahu bertandang ke Kota Bharu...kecewa dan sedih..dan begitulah perasaan puluhan ribu penyokong kelantan yang lain....tapi, jangan kerana kekalahan...luntur pulak sokongan untuk tahun depan..bola itu bolat....kalah menang itukan adat...

bagi aku, dulu,kini dan selamanya..
GOMO KELATE GOMO!!


Friday, September 25, 2009

Suasana Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Batin
Satu Syawal kembali lagi..
Tanda kemenangan umat Islam menyambut Ramadan..

aku coretkan warna warni Aidilfiti aku sepanjang berada di kampung halaman:: Machang,Kelantan.

19/9 ( 29 Ramdn) - bersiap untuk persediaan juadah pagi raya, dah decide untuk masak nasi dagang lauk ikan tongkol (ayor) dan gulai ayam...aku ngan cik ani pagi2 lagi gi shopping beli barang basah...

20/9 ( 1 syawal)- Kak Ma family and Cik Ani family beraya kat umah.. ramai2 kitorang gi solat kat surauy kg kepang..tiap2 tahun mmg solat kat situ...pastu balik dari solat, lepak umah, bergambar dan makan2 laa...layan tetamu dtg..ptg raya aku gi umah kaka ra jer...

21/9 (2 syawal)- Kak we pah buat open house..gi makan2 dan yang penting jumpa mak sedara aku yang agak uzur ttp ceria...Mokcik ni makan lalu..cuma sakit lutut...

22/9 (3 syawal)- semua famili berkumpul, ari ni nak semelih kambing 2 ekor, untuk majlis akikah faiz..semua upacara potong2, semelih2 melibatkan keluarga shj..pakat ramai2 cincang daging, potong bawang dan macm2..mek nak buat kuzi kaambing ni....majlis makan2 esok..tapi persediaan kena hari ni.....mmg kitorg satu famili gotong royong....

23/9 (4 syawal) - gulai kuzi dan segala masakan dibawa ke ruma kak ma di ketereh, bermula la majlis makan2..ramai gak yang dtg...keluarga sebelah kak ma dan abe ya..sebahagian hidangan di tempah dari pancor...mmg meriah..ada sedara yang dtg, leh beraya2 lagi....kitorg satu famili bersama2 menjayakan majlis tersebut...sempat gak aku kuar beraya umah kawan aku kerol di melor..

24/9 (5 syawal)- Pagi2 lagi aku bersiap2 untuk pulang ke Sunway...esok aku nak kena keje..tapi Raya tahun ini cukup meriah dan bermakana...bertuah dan syukur aku dpt sebuah keluarga yang sgt bahagia...

Thursday, September 10, 2009

Berbuka di Kelab Golf Permai

Hari Novalab punya sub cont iaitu PJK akan belanja staf Novalab untuk makan berbuka puasa dia Kelak Golf Permai di Kota Kemuning

Pagi tadi aku gi perbaharui lesen keter dan buka akaun ASB...ehehhe

pastu ptg ni nak gi tukar tayar keter plak...duit lagi

Tuesday, September 08, 2009

Palace of Kuda Emas

Berbuka puasa di Palace of Golden Horses anjuran Pembinaan Hamid Abd Rahman..aku pun amik peluang untuk operasi bodek dan pintas..hahahaaahah

aku bawak kawan aku...makhluk tuhan paling sexy....dia jadi driver aku..sbb aku guna proton opis...aku malas nak drive manual...spec mata pun tak bawa mlm2...hahaha...mcm org tua plak...

makanannya tak berapa best pun....tak byk lauk...heran aku, kata 6 star hotel..

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka 52

Selamat Hari Merdeka..

Tahun ni di sambut dengan serba ringkas..sbb H1N1..aku merdeka kt kelate...balik kampung la....amik serunding 50kg untuk jual kt kl...hehehehee

seronok gak bila dpt bercuti dan berbuka puasa bersama keluarga..yes yes yes

Thursday, August 27, 2009

berita sedih..berita gembira..dan takziah...

berita sedih..
projek UTHM yang akan handle...pada saat akhir akan ditender oleh Pembinaan Hamid...mcm tuh plak...si nur, QS pembinaan hamid bgitau , yang LA dah ahampir siap, tiba2 di mintak untuk HOLD untuk dipanggil 2 lagi tenderer....adush..dugaan betul...bkn senang nak dptkan 2.7 million ni...byk plak dugaan dari Allah....kalau rezeki itu milik kita...dan ditentukan Allah...ia takkan kemana...kalau dah bukan rezeki kita....itu adalah ketetapan Allah SWT.

berita gembira...
Hj Haris memberikan respon yang sgt positif pada presentation aku dan izzudin berkenaan Strategic Planning...Alhamdulillah...hampir 70% syor aku diluluskan dgn berlapang dada...betul kata hj amir, mood hj haris mmg baik...so mengenai increment dan numeration juga diluluskan...dan ada benda yang lagi istimewa...tak mampu aku luahkan dgn kata disini....

takziah...
salam takziah untuk sahabtku/adikku siti nadzirah/kay di atas pemergian Ayahanda tercinta...pergi pada bulan Ramadan yng mulia..Allah sgt menyanyangi dan semoga ditempatkan dikalangan org yang soleh...semoga kay tabah dan sabar....

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN

Ramadhan kembali lagi...penghulu segala bulan..bulan penuh rahmat dan keberkatan

Friday, August 21, 2009

Lawatan Sirim

Pagi tadi aku handle lawatan Sirim ke kilang Novalab..alhamdulilah, semua berjalan lancar dan seperti yang dirancang...3 org yang datang..ingatkan ramai..dua org consultant dan 1 maincont...qs consultant tuh cun siot..heheheheh...

Kebetulan ari ni ada jugak lawatan kilang oleh Apex..nak claim material on site..mcm aku gak...pastu on the way balik...singgah dekat restoran D'West..dah besar D'West tuh...dia sewa lot kedai baru kt sebelah...

Masa aku sampai opis..dila bgitau, cpt isi dan hantar 7 goals for company yang diberikan en amir utk appraisal..mungkin ada bonus hari raya...horrey horrey...gud news..yer lakan..aku keje bagai nak pitam...pojek juta2..takkan tak der bonus kot..kan kan kan...

Thursday, August 20, 2009

Nafas Baru: Dimensi Kehidupan

Aku telah menggerakkan usaha menghidupkan blog aku yang telah lama menyepi..aku disuntik dengan sedikit nafas baru dengan penyampaian lebih sinikal dan kritis terhadap situasi tanah airku Malaysia..

Sudah dua tahun blog aku yang satu lagi tanpa posting terkini....aku menyahut seruan negara..menyuntik elemen Satu Malaysia dgn penulisan yang mewakili anak Malaysia di bawah Satu Malaysia....

Semestinya..blog ini adalah hak peribadi aku untuk mengkritik, menyuarakan pendapan dari perspektif aku sbg anak Malaysia

Wednesday, August 19, 2009

Lawatan Sirim Tak jadi

Sepatutnya aku di maklumkan akan ada lawatan ke kilang Novalab oleh pihak consultant dan Sirim..tiba2 pukul 2 tak jadi...katanya nak dtg kul 3....diorang ni janji mcm keling laaa...

penat dan malu aku kat tg zul..dah la aku mintak dia uruskan barang2 kilang..tiba2 tak jadi...
diorang ingat kita ni tak sibuk ker...kena buat persiapan dan persediaan sebelum lawatan...tup tup tak jadi....nak tunda hari jumaat pagi plak...adios...

Monday, August 17, 2009

Projek Sirim Blok 19

hari ni aku dapat sit down dan discuss dgn en zaidi, maincont utk projek Sirim Blok 19..hari jumaat lepas aku dah kena marah dgn en zaidi..sbb main tolak tarik pasal harga....nasib baik mood elok..

so..dalam negotiation meeting tuh..kita dah bersetuju dgn satu harga untuk projek Sirim...maknanya..aku dah dpt close projek ini dgn jayanya..Alhamdulilah...

Saiz kontrak dlm 500k jer..tapi ok la sbg tempat aku blaja cara PR dan marketing..akan menyusul nanti..projek aku dlm 3.7 m...insyAllah bulan ni jugak....

Malam ni aku kena berjaga kat opis utk siap tender projek2 sekolah Kementrian Pelajaran Malaysia...

Fuhh..mmg bz jer memanjang...keje keje keje....

Thursday, August 13, 2009

Masih lagi berkursus

Hari ini hari kedua kursus....dah bayak input dlm kepala ni..bagus gak kursus mcm ni...bkn senang nk dpt ilmu IT sedasyat ini.....mcm mana nak eksplotasi facebook, google, ali baba.com dan intenet sebagai senjata memasarkan produk...

Bumiputra patut menggunakan IT sepenuhnya...skang ni kan zaman ICT..
aku pun terpikir jugak..nak buat bisness sendiri menggunakan IT sbg medium pemasaran...

Aku ucapkan terima kasih kepada pihak persatuan yng memberikan input dan juga syrikat aku yang menghantar aku kesini...

tghari td,,,aku celah masa gi PWTC tgk LABASIA Exhibition...nak kumpul maklumat mengenai produk dan competitor...dpt gak laa sedikit input...terkejar gak aku....nasib baik tempat kurusu tuh tak jauh dari PWTC..kat bawah ni gambar perserta kursus dan penceramah..

Wednesday, August 12, 2009

Kursus IT

Pada hari 12hb dan esok 13 hb aku akan mengikuti kursus pemantapan IT yang di anjurkan oleh Persatuan Pengilang dan Indusrtri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia di KL..

aku telah di minta oleh my Managing Director untuk mewakili Novalab mengikuti kursus tersebut. Byk input yang dpt perolehi utk mengeksplotasi IT sebagai senjata meningkatkan pemasaran peniagaan

Monday, August 03, 2009

setel lawyer MBSB

hari ini..aku dah setelkan duit lawyer utk MBSB...dalam 14++.00..banyak gak..adush duit mengalir cam tuh jer..yer la kan..nak beli umah..byk yang kena bayar sana sini...huishh...

ada dalam 5 k lagi aku kena setel dgn owner dan lawyer SPA aku....menunggu utk dikeluarkan....x per...perlaburan jangka panjang katakan....sabar jer la...

aku ingat sblm age 30..nak beli sebijik lg..buat sewa plak...merancang kan bagus utk masa depan..
lagipun aku rasa tak nyesal aku beli kat situ..walaupun agak cowded..tapi kemudahan byk..

Tuesday, July 28, 2009

presentation..

Izzudin tak dapat attend utk presentation....dia emergency leave...x per laaa..presentation sepatutnya pada 24/7..tapi tunda pada hari ini..so aku kena handle sendiri

aku terpaksa berdepan dengan 2 org board of director...adush...satu cabaran utk aku...

akhirnya aku rasa aku berjaya deliver information dan perancangan dgn baik..walaupun ada kekurangan..aku dah janji ngan director utk present semula dgn penambahan action plan...

ok la...i'll take the challenge..dalam usia aku yng masih muda..ini adalah peluang utk aku menunjukkan keupayaan mengasah " leadership skills in the corporate world".

wait n see...aku akan buktikan sesuatu

Monday, July 27, 2009

kt kg..kelate bumi hebat

aku baru sampai dari kelate..dalam kul 10pm td...sungguh hebat penangan kelate...kampung tanah tumpah darahku...tempat keramat lagi berkat...

aku balik drive mlm sabtu....aku balik dgn anak buah aku mizi..so..mmg aku sengaja nak balik gan keter..sbb keter baru jer services, so nak test timing belt baru...dua perkara yang aku nak coret kt sini

1. aku balik kg..musim buah..makan buah ..mokte,setor,durie..adalah juada istimewa di kampang aku..tak lupo jugok ikan puyu dari kolan abe aku..hahhahahaah..sonok sgt...aku betul rilek dan jauh dari tekanan keje bila balik kg

2. melihat wajah mek ngan ayah yang semakin tua...sakit dimamah usia....adush..terdetik kt hati aku...mereka lah insan yang sgt istimewa...segala2nya bgi aku di dunia...wajah mereka sesejuk embun pagi...pengorbanan diorng nak besarkan aku..adalah ibarat lautan tak bertepi...
aku janji akan jaga diorng ( mampu ker?)..... bila balik tuh..terimbas kenangan lepas..masa aku kecikl2..masa aku blaja dan remaja...umah kampung itulah aku membesar...

malas nak citer pasal kes mahkamah.....aku balik pun nak setel pasal kes tuh gak...geram tul aku dgn pihak motor...aku dah kira baik tak claim apa2 ngan diorg tuh..ni skang nak claim kat court..see u in court!!

Thursday, July 23, 2009

anjakan.....

ari ni baru lepas plan...strategic planning utk novalab..aku dan izzudin diberikan tanggungjawab utk menggubal idea dan strategi untuk syarikat...bangga gak..esok aku kena present dekat board of director.....

yang ni aku plan nak buat proper..aku nak present kaw kaw nanti...aku nak jumpa tunjukkan...aku ni bkn kucing..tapi harimau...hahaha....

dlm perbincangan td..ada beberapa isu yng ED aku higlight..berkenaan elaun dan gaji pokok...yng perlu aku fight....i'll take it seriouslt this matters..

Monday, July 20, 2009

Lama membisu..

sudah lama aku membisu....tak tau nak tulis apa...masal pun ada...

sepanjang aku senyap..ada dua perkara besar yang berlaku:

1. aku dah memiliki rumah sendiri..

2. kedudukan dan status aku dalam Novalab semakin kukuh...

aku akan teruskan strategi..memantap kehidupan..dan menyeimbang keperluan jasmani dan rohani..cewahhh

Saturday, April 04, 2009

Personal Loan

..aku tgh plan nak buat personal..ada beberapa produk dari bank yang menawarkan personal loan..yang pasti..aku pertimbangkan dari segi kadar faedahnya...

yang paling menarik bagi aku ialah kadar faedah yang ditawarkan oleh Bank Rakyat...menggunakan konsep potongan gaji majikan dan secara Islam...

Masih lagi dalam pertimbangan...

Thursday, January 01, 2009

SALAM 2009

Kehidupan ada pasang surutnya..kadang2 aku hilang mood utk mencoretkan bicara dan pengalaman dalam blog aku ni..kehidupan mmg penuh warna..warna 2008 akan kekal sbg sejarah..semoga tahun 2009 lebih bermakna dan bererti...

Ya ALLAh..permudahkan rezeki aku...aku berserah kepadamu.. jadikan aku hamba mu yang soleh...Amin..

Selamat tinggal 2008

SELAMAT DATANG 2009