Sunday, November 18, 2012
Wednesday, November 07, 2012
Cabaran & Tercabar
IMR..
Aku perlu lebih pantas mengatur gerak bagi memasti projek ini menjadi hak aku...aku perlu bergerak lebih pantas...memecahkan halangan kendiri dan limitasi yang aku letakkan atas nama alasan...betul! alasan adalah penyakit...aku perlu fight penyakit ini...ubatnya adalah keyakinan diri dan kekuatan jiwa yang mendalam..Hj Amir mencabar dan memberikan aku nasihat yang penting...Aku perlu naik ke peringkat yang lebih tinggi...aku perlu kumpulkan keyakinan yang bukan kepalang...utk deal dengan org yang lebih tua dan berpangkat tinggi...ada kesukaran tapi itu lah cabaran..
Renovation PPUM
Hj Amir mencabar lagi...dengan jelas menyatakan masalah kelemahan aku dari segi kontrak..aku perlu akur...walaupun dalam masa yang sama tetap mempertikaikan apa yg dicabarnya,,,,Atau aku belum cukup untuk membuktikan kemampuan aku dalam mengurus semua kerja terutamanya scope Design & Built..
Adakah aku slow dan tidak cukup agresif?
Adakah aku demotivated?
Kena banyak muhasabah diri la kot...
Leadership..
Aku mengakui terdapat kelemahan dlm kepimpinan aku...skang ni tgh baca buku pemimpin 360 darjah..semoga ada impak yang hadir dalam hidup aku...
Aku berdoa pada Allah SWT agar diberikan kekuatan dan kesabaran...Penyakit hati perlu dirawat..Alasan adalah penyakit...
.....................................................................................
Ajak ZZ kuar lunch, kebetulan aku kat area kl...katanya lorat.. ker tak nak jumpa aku...heheheh... pikir positif300x
Tuesday, November 06, 2012
360 Degree Leader
Malam..
Layan golf dengan Mr Wai dekat Sunway South Quay..sakit satu badan ye,,,tapi golf menguji kesabaran dan kawalan minda aku dalam semua keadaan...
Target aku: Disember ini aku boleh start masuk padang golff...Uish, nak kenal beli golf club lag...
Monday, November 05, 2012
Positive
Friday, November 02, 2012
move forward
Aku dah sms..my direction on relationship..aku pun penat nak fikir pasal benda ni dah.. aku kena blaja kawal diri aku... aku kena improve ...tapi dia pun kena improve gak...
Tapi..aku tak boleh tinggalkan dia dalam keadaan susah... aku kena support dia dalam keadaan sekarang.. InsyAllah sekadar yang termampu..Aku yakin setiap kebaikan yang dibuat dengan ikhlas akan dpt balasan baik...Kalau nk ckp soalan hati ni...makan hati lagi ada laa..Hopefully, dia bagi second chance.
Petang..
Full dengan meeting...berdasarkan meeting tersebut aku sedar yang prestasi aku sedikit merudum..byk benda yang berlaku yang menjadi punca kelemahan ketara. Staff aku pula byk pula masalah..aku perlu cari jalan terbaik utk menyelesaikan isu ini....aku rasa ada masalah self esteem..keyakinan diri semakin menurun...hurm..i have to find the way...kalau self esteem kita tip top...kejayaan setinggi langit pasti menjadi milik kita...juga isu leadership
Planning & organizing isu juga perlu improve utk lebih cekap..hurm..byk kerja nak kena setel ni..nak jadi pekerja dan bos yang baik..
Thursday, November 01, 2012
2012..AKu Kembali
Pagi ini jam 6 pgi 1 Nov 2012, akalku direntap...wake up call diberikan..terima kasih ZZ..walaupun benda itu bersifat peribadi...tetapi aku sedar aku menganjak kebelakang...di mana kematangan dan pertimbangan yng logik pada sebuah perhubungan... akhirnya, aku sedar ada manusia yang tidak selesa atau tidak menyukai perilaku aku selama ini.. aku lemah dan perlu akur untuk memperbaiki semua keadaan dalam hidup aku...AKU NAK JADI 0RG LEBIH HEBAT SELEPAS INI...
ZZ..Tolong jadi cermin aku yer...aku buka medan untuk kritikan membina kepada aku..
.............................................................................................................................................
Aku perlu perbaiki keadaan...5 DIMENSI:
1. Aku byk berdosa pada mu Ya Allah...aku akan menjadi muslim yang lebih baik
2. Mulakan dengan memulihkan semua perhubungan.. menjadi kwn, teman, boss, staff dan anak yang terbaik
3. Leadership/kepimpinan.. aku mmg dilahirkan untuk memimpin..aku perlu memperkasa gaya kepimpanan aku.
4. Kematangan..kematangan dalam semua dimensi kehidupan sesuai dgn umur aku.
5. Exploring..menjelajah perkara baru dan cabaran baru dalam kehidupan..
5 Perkara sbg penggerak aku menuju kehadapan...tolong lah Ya Allah permudahkan segalanya...
(MUSLIM, RELATIONSHIP, LEADERSHIP, MATURITY, EXPLORE)
ZZ..tq for wake up call...
Thursday, December 31, 2009
Selamat Tinggal 2009
oh..2010, bermakna aku melangkah ke alam dewasa..cabarannya pasti berbeza...aku akan cuba untuk memperkasakan hidup aku...meningkat kualiti dan kemampuan diri..menjadi yang lebih baik pada masa akan datang
Ya Allah...aku sangat bersyukur, di atas segala kurniaan dan rahmat dari mu...aku pohon padamu..agar diberikan aku kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik disisimu...murahkan rezeki ku dan keluargaku...tempatkan aku di dalam golongan yang diredhai mu
Selamat Tinggal 2009...Selamat Datang 2010
Monday, November 16, 2009
Spirulina
MY NEW SUPPLEMENT FOOD-SPRIRULINA
”APAKAH produk semula jadi yang mengandungi pelbagai jenis nutrien penting yang lengkap dalam satu makanan tambahan? Saya sentiasa sibuk dan memerlukan pemakanan kesihatan untuk kekal cergas,”
JAWAPAN:
Spirulina merupakan makanan tambahan yang dicadangkan pengambilannya kerana komponen khasiat yang tinggi.
Spirulina mengandungi lebih daripada 60 peratus protein dan kaya dengan beta karotena, vitamin B, mineral, asid gama linolenik (GLA), enzim, pigmen (klorofil, fikosianin dan xantofil) serta mikronutrien yang diperlukan untuk pembaikan sel tubuh.
Spirulina organik sesuai untuk sebarang diet kerana ia senang dihadam, rendah kalori, rendah lemak dan mengandungi pelbagai nutrien penting juga bermanfaat untuk detoksifikasi.
Ia juga meningkatkan stamina dan daya ketahanan tubuh dan mengelakkan keletihan. Kepelbagaian nutrien yang terkandung dalam spirulina memberi kelebihan berbanding dengan sesetengah suplemen lain yang mengandungi vitamin tertentu sahaja.
Selain itu, pengambilan nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin C, E dan mineral zink dan selenium penting untuk melindungi daripada penyakit degeneratif.
Jangan lupa untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam diet seharian anda kerana ia diperlukan untuk kesihatan dan kecergasan.
Thursday, November 12, 2009
Klasik Kredit Kad

Ini kad hutang aku yang baru..hahahah...aku ada plan sebenarnya nak gunakan kad hutang ni..bkn sajer2 nak tambahkan beban....tapi nak mudahkan urusan marketing aku laaa....movement la...blanja client laa...dan byk lagi.....
tapi bank islam punya taktik plak...aku mintak satu jer..dia bik sgt..bagi aku classic master card dan visa.....2 tuh..nasib baik kredit combine..kalau 12 kali swipe..baru dpt waiver..pandai betul ko buat bisnes....apa pun.....kad kredit ni bkn tak penting..tapi kena pandai menggunakannya..silap guna..jerut leher sendiri....sendiri mau ingat..!!
Sunday, November 08, 2009
Final Piala Malaysia
1 - 3
aku, eje, ayie, rool dan kerol dengan penuh semangat kesukanan melangkah ke stadium bukit jalil untuk memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan the red warrior yang tercinta....para penyokong kelate yang hadir sangat luar biasa....3/4 stadium dipenuhi penyokong kelate....so..n9 punya penyokong ciput jer...
Namun, kelate menang sorak...seperti ada yang tidak kena dengan corak permainan kelate...pasukan kelate pulang hampa....Piala Malaysia belum mahu bertandang ke Kota Bharu...kecewa dan sedih..dan begitulah perasaan puluhan ribu penyokong kelantan yang lain....tapi, jangan kerana kekalahan...luntur pulak sokongan untuk tahun depan..bola itu bolat....kalah menang itukan adat...
bagi aku, dulu,kini dan selamanya..
GOMO KELATE GOMO!!
Friday, September 25, 2009
Suasana Hari Raya
Satu Syawal kembali lagi..
Tanda kemenangan umat Islam menyambut Ramadan..
aku coretkan warna warni Aidilfiti aku sepanjang berada di kampung halaman:: Machang,Kelantan.
19/9 ( 29 Ramdn) - bersiap untuk persediaan juadah pagi raya, dah decide untuk masak nasi dagang lauk ikan tongkol (ayor) dan gulai ayam...aku ngan cik ani pagi2 lagi gi shopping beli barang basah...
20/9 ( 1 syawal)- Kak Ma family and Cik Ani family beraya kat umah.. ramai2 kitorang gi solat kat surauy kg kepang..tiap2 tahun mmg solat kat situ...pastu balik dari solat, lepak umah, bergambar dan makan2 laa...layan tetamu dtg..ptg raya aku gi umah kaka ra jer...
21/9 (2 syawal)- Kak we pah buat open house..gi makan2 dan yang penting jumpa mak sedara aku yang agak uzur ttp ceria...Mokcik ni makan lalu..cuma sakit lutut...
22/9 (3 syawal)- semua famili berkumpul, ari ni nak semelih kambing 2 ekor, untuk majlis akikah faiz..semua upacara potong2, semelih2 melibatkan keluarga shj..pakat ramai2 cincang daging, potong bawang dan macm2..mek nak buat kuzi kaambing ni....majlis makan2 esok..tapi persediaan kena hari ni.....mmg kitorg satu famili gotong royong....
23/9 (4 syawal) - gulai kuzi dan segala masakan dibawa ke ruma kak ma di ketereh, bermula la majlis makan2..ramai gak yang dtg...keluarga sebelah kak ma dan abe ya..sebahagian hidangan di tempah dari pancor...mmg meriah..ada sedara yang dtg, leh beraya2 lagi....kitorg satu famili bersama2 menjayakan majlis tersebut...sempat gak aku kuar beraya umah kawan aku kerol di melor..
24/9 (5 syawal)- Pagi2 lagi aku bersiap2 untuk pulang ke Sunway...esok aku nak kena keje..tapi Raya tahun ini cukup meriah dan bermakana...bertuah dan syukur aku dpt sebuah keluarga yang sgt bahagia...
Thursday, September 10, 2009
Berbuka di Kelab Golf Permai
Pagi tadi aku gi perbaharui lesen keter dan buka akaun ASB...ehehhe
pastu ptg ni nak gi tukar tayar keter plak...duit lagi
Tuesday, September 08, 2009
Palace of Kuda Emas
aku bawak kawan aku...makhluk tuhan paling sexy....dia jadi driver aku..sbb aku guna proton opis...aku malas nak drive manual...spec mata pun tak bawa mlm2...hahaha...mcm org tua plak...
makanannya tak berapa best pun....tak byk lauk...heran aku, kata 6 star hotel..
Monday, August 31, 2009
Selamat Hari Merdeka 52
Tahun ni di sambut dengan serba ringkas..sbb H1N1..aku merdeka kt kelate...balik kampung la....amik serunding 50kg untuk jual kt kl...hehehehee
seronok gak bila dpt bercuti dan berbuka puasa bersama keluarga..yes yes yes
Thursday, August 27, 2009
berita sedih..berita gembira..dan takziah...
projek UTHM yang akan handle...pada saat akhir akan ditender oleh Pembinaan Hamid...mcm tuh plak...si nur, QS pembinaan hamid bgitau , yang LA dah ahampir siap, tiba2 di mintak untuk HOLD untuk dipanggil 2 lagi tenderer....adush..dugaan betul...bkn senang nak dptkan 2.7 million ni...byk plak dugaan dari Allah....kalau rezeki itu milik kita...dan ditentukan Allah...ia takkan kemana...kalau dah bukan rezeki kita....itu adalah ketetapan Allah SWT.
berita gembira...
Hj Haris memberikan respon yang sgt positif pada presentation aku dan izzudin berkenaan Strategic Planning...Alhamdulillah...hampir 70% syor aku diluluskan dgn berlapang dada...betul kata hj amir, mood hj haris mmg baik...so mengenai increment dan numeration juga diluluskan...dan ada benda yang lagi istimewa...tak mampu aku luahkan dgn kata disini....
takziah...
salam takziah untuk sahabtku/adikku siti nadzirah/kay di atas pemergian Ayahanda tercinta...pergi pada bulan Ramadan yng mulia..Allah sgt menyanyangi dan semoga ditempatkan dikalangan org yang soleh...semoga kay tabah dan sabar....
Saturday, August 22, 2009
Friday, August 21, 2009
Lawatan Sirim
Kebetulan ari ni ada jugak lawatan kilang oleh Apex..nak claim material on site..mcm aku gak...pastu on the way balik...singgah dekat restoran D'West..dah besar D'West tuh...dia sewa lot kedai baru kt sebelah...
Masa aku sampai opis..dila bgitau, cpt isi dan hantar 7 goals for company yang diberikan en amir utk appraisal..mungkin ada bonus hari raya...horrey horrey...gud news..yer lakan..aku keje bagai nak pitam...pojek juta2..takkan tak der bonus kot..kan kan kan...
Thursday, August 20, 2009
Nafas Baru: Dimensi Kehidupan
Sudah dua tahun blog aku yang satu lagi tanpa posting terkini....aku menyahut seruan negara..menyuntik elemen Satu Malaysia dgn penulisan yang mewakili anak Malaysia di bawah Satu Malaysia....
Semestinya..blog ini adalah hak peribadi aku untuk mengkritik, menyuarakan pendapan dari perspektif aku sbg anak Malaysia
Wednesday, August 19, 2009
Lawatan Sirim Tak jadi
penat dan malu aku kat tg zul..dah la aku mintak dia uruskan barang2 kilang..tiba2 tak jadi...
diorang ingat kita ni tak sibuk ker...kena buat persiapan dan persediaan sebelum lawatan...tup tup tak jadi....nak tunda hari jumaat pagi plak...adios...
Monday, August 17, 2009
Projek Sirim Blok 19
so..dalam negotiation meeting tuh..kita dah bersetuju dgn satu harga untuk projek Sirim...maknanya..aku dah dpt close projek ini dgn jayanya..Alhamdulilah...
Saiz kontrak dlm 500k jer..tapi ok la sbg tempat aku blaja cara PR dan marketing..akan menyusul nanti..projek aku dlm 3.7 m...insyAllah bulan ni jugak....
Malam ni aku kena berjaga kat opis utk siap tender projek2 sekolah Kementrian Pelajaran Malaysia...
Fuhh..mmg bz jer memanjang...keje keje keje....

